Khamis, 17 Mei 2012

Alasan mengapa wanita perlu atur jadual seks mereka...


DIkatakan ramai golongan wanita yang culas melakukan aktiviti seks. Terutamanya wanita berkerjaya. Kepenatan menjadi alasan buat wanita ini agar

Mereka mahukan malam yang tenang tanpa ganguan. Seks? Cukuplah  seminggu sekali ataupun dua minggu sekali.Ia dikatakan memberi ruang rehat kepada mereka.

Tahukah anda mereka ini dikategorikan golongan malas seks. Pakar seksiologi sepakat seks yang sihat minima 3 kali seminggu. Ada juga antara mereka syorkan 2 kali, tetapi intensitinya adalah berat.

Banyak manfaat dan kelebihan jika mereka melaksanakan seks secara teratur setiap minggu. Sekas adalah alat yang membantu wanita meningkatkan prestasi rembesan hormon. Secara langsung, hormon ini membaikit tisu dalaman, memberi kesan awet muda dan penyembuhan.

Mari kita terokai secara sedikit terperinci kehebatan seks, bila dilakukan secara teratur. Disyorkan berselang seli harinya, ini memberi tempoh penyembuhan kepada wanita.Lepas ni, jangan tolak seks ya' asalkan kena dengan landas syariat.


Ya, saya sokong seks sihat!

Kami gariskan 8 faedah seks kepada wanita.

#1 Awet muda
Faedah awet muda sehingga empat sampai tujuh tahun lebih muda dari usia sebenar akan anda nikmati bila melakukan hubungan seksual tiga kali seminggu. 

Seks merupakan bentuk olahraga yang memberikan keremajaan kulit. Hubungan seks dilakukan dengan penuh semangat bererti lebih banyak oksigen yang dihantar ke tubuh melalui darah selain membawa nutrisi ke permukaan kulit.

# 2 Tubuh jadi cergas
Seks bukan cara paling efektif untuk menurunkan berat badan,. Namun anda dapat membakar banyak kalori bila seks menjadi amalan rutin yang teratur. 

Anda dapat membakar antara 100 dan 250 kalori per jam dan anda juga olahraga otot-otot secara menyeluruh.

Terdapat atlet Russia yang melakukan seks sebelum acara temasya sukan. Hal ini disyorkan oleh jurulatih dan  penasihat sukan mereka.

# 3 Kekal langsing
Seks yang teratur meningkatkan tahap insulin. Contohnya insulin faktor penggalak (IGF), hormon yang dapat mengawal aktiviti enzim dalam sel-sel. Ia membantu sel meningkatkan metabolisme pada lemak. Tahap IGF lebih tinggi akan membantu mengurangkan lapisan lemak.


# 4 Meningkatkandaya tahan badan
Kajian telah menunjukkan bahawa orgasma dapat membantu merangsang sistem kekebalan. 

Ia meningkatkan tahap T3 dan T4 sel lymphocyte iaitu sejenis sel darah putih yang dapat menghasilkan antibodi dan menyerang jangkitan sebanyak 20 peratus.


# 5 Membaiki mood
Ketika seorang wanita mencapai orgasma, mereka mengeluarkan hormon seks yang disebut oksitoksin.

Hormon ini dihasilkan oleh bahagian dasar otak. Ia dapat membangkitkan perasaan emosional yang mesra dan saling mendorong yang membantu meningkatkan pertalian di antara dua insan.

# 6 Mengurangkan tekanan

Banyak bukti ilmiah yang hasil ketenang setiapkali kajian tentang orgasma dilakukan. Klimaks atau orgasma dapat menyumbang kepada pengeluaran endorfin. Ia bahan kimia yang dikeluarkan otak serta bertindak sebagai penahan sakit yang efektif.


# 7 Membantu mencegah penyakit jantung

Seks memiliki kebaikan khusus bagi lelaki, terutama jika mereka berumur 40 tahun ke atas. Rutin seks yang teratur dapat membantu meningkatkan hormon testosteron sekali gus melindungi jantung.


# 8.Kelancaran perjalanan darah
Seks adalah olahraga yang dapat meningkatkan perjalanan darah. Ia membantu oksigen dan nutrisi mengalir dalam aliran darah dengan lebih mudah.

Hal ini seterusnya  memberikan tubuh dan kehidupan lebih sihat. Sudah tentunya risiko penyakit akan semakin kurang. Dengan izinNya, umur kita juga panjang.

0 Komen:

Catat Ulasan

gegaranasmara.com
 
^ Naik ke Atas