
Antara kelebihan bagi hubungan seks yang anda rasai adalah:-
#1: Bakar kalori.
Hubungan seks yang hebat mampu membakar kalori anda.Banyak kalori maksud saya. Seks yang baik dan hebat menjadikan anda seorang yang lebih bertenaga dalam kehidupan seharian.
Maklumlah, kedua-dua pihak seronok dan ia merangsang pembebasan hormon pemulihan yang baik untuk kehidupan kita. usahakan agar seks kita sentiasa hebat dari masa kesemasa.
#2 Mengurangkan tekanan darah.
Hubungan seks merendahkan malah mampu juga menghilangkan tekanan di fikiran. Hal ini mendorong kepada kurangnya tekanan darah dalam badan, Setiap kali seks, anda akan tenang dan rehat selepas seks memberikan anda ketenangan semulajadi.
Panduan untuk seks hebat juga bermula dari tenang pada kedua-dua belah pihak. ingat, seks bukat matlamat rumahtangga anda, tapi ia hanya alat kepada kebahagiaan intim anda.
# 3 Menguatkan sistem pertahanan badan.
Aktiviti
seksual meningkatkan antibodi dalam badan. Ia direka demikian sebagai aplikasi perlindungan semulajadi badan.
# 4 Menyembuhkan sakit kepala.
Semasa klimaks berlaku, segala tekanan hilang bagai dibahembus angin lembut.Anda tidak menyedari kehilanganya, malah terasa nyamannya.
Saya pasti anda pernah dengar ada individu yang melakukan seks ketika tertekan, dan ia sememangnya mekanisme yang membantu.
# 5 Keyakinan diri.
Hubungan seks yang di lakukan secara sepenuh hati dan kerelaanmenguatkan rasa gembira di hati. Persamaan perasaan dan keserasian ini membuatkan anda berkongsi kehgembiraan.
Keyakinan terdetik apabila anda jelas dapat melihat pasangan anda gembira, secara tak langsung ia memberi kesan kepada anda kerana anda percaya kegembiraan pasangan anda berpunca dari prestasi anda yang hebat.
Bayangkan situasi di mana permintaan seksual anda di penuhi, badan anda akan lebih selesa dan bersedia tidur. Fikiran anda lebih tenang, badan anda pula penat. Tidur anda nyenyak dan berkualiti. Ia rehat yang maksima dan menyegarkan!
Hubungan seks adalah nikmat dari tuhan.banyak kelebihan yang anda sedari dan rasai jika anda amalkanya mengikut landas tertib agama. Agama mengajar tertib bersama yang jelas membezakan kita dengan haiwan.
Malah seks yang mengikut lunas agama dan membantu kita terisi rohani dan memberi ketenangn segera. Ia mampu dirasa sedari anda tidur lebih lena pada malam hari.
0 Komen:
Catat Ulasan