
Melancap atau onani adalah sebarang perbuatan yang bertujuan untuk merangsang ghairah anggota kelamin sehingga datang inzal atau nikmat.
Ia jelas perbuatan yang tidak bermoral. Malah, atas nikamat yang sedikit dan basah itu, kesan yang buruk pada menanti si pelaku.
Kesan sampingan
Kesan buruk yang boleh anda dapat dari ketagih melancap atau onani adalah:
• Mudah melenting / marah.
• Hilang keyakinan diri.
• Bacul dan tidak fokus apabila melakukan sesuatu tugas.
• Semangat rendah, sering mengaku kalah.
• Sakit–sakit badan/sendi.
• Hidup dalam angan–angan.
• Jauh dari berkat tuhan kerana sentiasa mendengar hasutan nafsu syaitan.
• Hidup dalam dunia sendiri dan sukar difahami.
• Menyendiri
• Lemah mental dan fizikal.
• Masalah estim diri.
Keseluruhannya, onani membuatkan pelakunya menjadi manusia paling tidak produktif dan sia-sia dalam perbuatan.
Sedap melancap sebab...
Tidak mampu melawan godaan nafsu seks di dalam jiwa. Manusia pasti ada keinginan untuk melakukan hubungan seks, terutamanya yang sudah berkahwin. Nafsu ini perlulah disalurkan dengan cara yang selari dengan tabie manusia.
Jika anda ketagih melancap, anda sebenarnya bukan tidak mampu mengawal nafsu, tetapi anda memilih untuk mengikut nafsu. Anda mengutamakan nafsu anda sendiri dari perkara penting yang lain.
Antara cara termudah dan terus pada punca (nafsu) adalah melalui perkahwinan. Ia menyediakan tempat untuk naluri seks dilunaskan.
Jika tidak mampu atau belum sampai masanya berkahwin, ikutlah amalan dalam agama islam. Berpuasa. Ia mampu mengekang diri dari terpengaruh pada nafsu seks. Malah, berpuasa memberi kekuatan jiwa yang unggul dan berkuasa membersih tubuh dan minda anda.
0 Komen:
Catat Ulasan