
Apa terjadi semasa dirangsang?
Semasa dirangsang, keadaan alat kelamin adalah basah dan sedia menerima tindakan lanjut daripada suami. Namun, ia tidak terjadi bila ransangan kurang dan tidak mengusik tahap teruja si isteri.
Perubahan ini kurang sempurna apabila wanita berada dalam keadaan :-
- Resah (akibat tertekan dan lain-lain faktor).
- Pergolakan hormon (perubahan lanjut usia atau menopaus).
- Pengaruh makanan.
- Masalah imbangan hormon wanita.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginal dryness’ atau kekeringan faraj.
Memandangkan hubungan kelamin penting dalam institusi berkeluarga, mustahak untuk wanita menyelesaikan masalah ini dengan cara terbaik. Cara paling terbaik adalah secara semula jadi tanpa menggunakan pelincir. Itupun jika tidak menjadi masalah.
Kelembapan faraj semula jadi hadir dari 3 kawasan; iaitu cecair dari mukosa faraj, pangkal rahim, cecair daripada rahim dan daripada salur Falopio.
Isi padu kelembapan ialah antara 20 hingga 120 gram.Cecair ini berubah mengikut putaran hormon dan umur.Cecair faraj pada keadaan biasa berwarna putih dan lebih jernih ketika perempuan itu pada waktu subur.
Pengaruh hormon estrogen dan progestogen turut mempengaruhi kelembapan faraj. Jika pergolakan hormon berlaku ketika pra-menopaus atau menopaus, sebilangan wanita akan mengalami kekeringan faraj yang drastik.
Sebenarnya, semua golongan; muda atau tidak boleh mengalami kekeringan faraj. Perkara pertama yang perlu diteliti jika menghadapi kekeringan faraj ialah ketika:-
- Menggunakan pencuci ‘higen’ iaitu sabun pelembap baru,
- Pad sanitari jenama lain,
- Memakan ubat seperti antibiotik atau ubat selesema dan
- Mengamalkan beberapa perkara yang tanpa pengetahuan anda, menjadi punca masalah kekeringan faraj.
Mengapa ia jadi punca kering?
Penggunaan produk ‘higen’ peribadi: Semburan peribadi feminin atau sabun yang mengandungi bahan anti-bakteria dan boleh mengakibatkan mukosa vulva kering.
Sesetengah sabun yang menggambarkan kelembutan (seperti jenama Dove dan Ivory) boleh mengeringkan anggota kelamin anda kerana produk ini tiada imbangan pH atau tahap keasidan.
Kebanyakan pencuci feminin memberi banyak masalah daripada kebaikan seperti mengganggu kelembapan faraj.Ini mengakibatkan mukosa faraj menjadi kesat.
Mandi dalam kolam renang dan berendam dalam air yang mengandungi garam yang kononnya dapat menyegarkan badan, turut menyebabkan kekeringan kulit badan-terutama sekali vulva dan faraj.
Anggota kelamin anda boleh terdedah kepada bekas sabun pencuci baju yang tertinggal dalam pakaian dalam anda. Ini juga boleh menyebabkan kekeringan faraj.
Lembabkan kembali
Ia boleh dilakukan melalui pemakanan. Minyak zaitun, minyak hab- batus sauda dan minyak prim- rose mengandungi asid lemak yang sesuai untuk tujuan itu. Selain itu minum air yang mencukupi dapat mengekalkan kelembapan kulit mukosa badan.
Estrogen dan hormon wanita mustahak untuk melembapkan mukosa faraj. Estrogen dihasilkan daripada kolesterol. Makan makanan yang betul dapat membantu badan menghasilkan kolesterol mencukupi dan dapat mengimbangkan penghasilan estrogen daripada kolesterol.
Hindarkan dari minum kopi dan alkohol.Ia sama sekali tidak membantu mengekalkan kelembapan kulit.
0 Komen:
Catat Ulasan