Antara corak pemakanan yang meransang stamina saudara adalah pemakanan seimbang yang memelihara dan mempercekap aliran darah saudara.
Ia maklumat asas jika saudara inginkan kehidupan yang lebih baik dari segala segi, termasuk kehidupan intim saudara. Penulis buku The Better Seks Diet, Lynn Fischer merungkaikan lebih tepat lagi bagaimana pemakanan yang menjaga keperluan efektif darah saudara mempu memperkasa stamina saudara pada waktu tersebut.
Asas corak pemakanan
Secara asasnya, saudara perlu untuk:-
- Makan lebih banyak buah-buahan,
- Banyak Sayuran,
- Lebihkan Kekacang.
Ia menepati diet (Diet vegetarian Fischer Ornish) yang dirujuk dalam buku tersebut. Ia merangkumi 10% lemak, (dan menambah secara berperingkat hidangan daging untuk tempoh-tempoh tertentu). Secara keseluruhan, saudara mendapat 10% kalori daripada lemak, 5% dari lemak tepu, dan 75% daripada karbohidrat.
Eksperimen Lynn Fischer selama enam minggu merekodkan peningkatan daya hidup seksual saudara, bermula dari potensi, dan kesihatan secara keseluruhannya.
Rasional diet
Walaupun tiada pakar-pakar yang dihubungi dan dirujuk Lynn Fischer, semua pakar jantung mengesahkan kaitan antara jantung yang baik dan seks yang hebat. Kaitan inilah yang mejadi barometer utama Lynn Fischer. Pastinya, apa sahaja yang meperbaiki kesihatan seluruh tubuh adalah baik untuk kehidupan intim saudara..
"Diet yang sihat untuk saudara secara keseluruhan akan menyihatkan kehidupan seks saudara ," kata Julie Walsh, MSRD, jurucakap Persatuan Dietetik.
0 Komen:
Catat Ulasan