
Kami berkongsi, maklumlah malam ni hari jumaat. Sempat dipraktikkan jika sudah masanya:)
Ilmu diranjang adalah taboo dan tidak dikongsi secara terbuka. Oleh itu, perasaan di ranjang adalah subjektif dan takrifan kehebatan di ranjang adalah berbeza dari setiap individu.
Kecanggihan dan kemajuan tamadun manusia membuka lembaran baru kepada kita. Ilmu yang taboo kini terbuka untuk dipelajari. Namun, masih sempatkah kita mempraktikkanya?
Dalam banyak kajian rambang, terdapat masih ada isteri yang tidak mencapai kepuasan yang sepatutnya. Pada zaman kecanggihan ilmu sekarang, alasan tidak tahu bukan alasan yang tepat untuk menjawab soalan inii.
Kesilapan Suami
Secara umum, 7 kesilapan ini tidak perlu dilakukan. Jika tidak, salah satu matlamat intim; kepuasan fizikal dan minda.
1. Tiada cumbu-cumbuan
Menurut kajian yang diwar-warkan di internet, kebanyakkan lelaki Malaysia (ada yang menyatakan 85% dan ada yang menyatakan 79%) gemar seks spontan (terus ke penetrasi). Xumbuan sebenarnya perlu mencukupi dan perlu dilebihkan sebelum urusan penetrasi.
Kepentingan cumbu adalah ia membuka nafsu isteri dan sensasi pembukaan ke urusan peneterasi. Ia memberi sensasi kerana isteri ternanti-nanti ke tahap selanjutnya. Panjangkan urusan cumbu-cumbuan agar ghairah isteri mampu diuruskan dengan betul.
2. Tidak bercukur
Bayangkan kulit durian yang bergolek ke serata tubuh hingga ke peha. Jangankan wanita, lelaki pun tidak selesa.Gerakan kepala kiri dan kanan oleh isteri adalah memberi petanda kulit durian atau duri landak perlu dikesampingkan; barulah kepuasan dirinya dipenuhi.
Ia membayangkan wajah yang tidak bercukur meresahkan isteri dan adakalanya; isteri menolak seks kerana sebab ini.
3. Terlebih ransangan
Ramai lelaki melakukan pergerakan ransangan secara lebih. bayangkan suami yang meniup kuat ke telinga isteri, memicit payudara dengan kudrat lelaki, menggigit dengan kuat dibahagian tubuh dan sebagainya.
Jangan lakukan, ia meresahkan dan melunturkan terus ghairah isteri!. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.
4. Tertumpu sebahagian
Elakkan dari hanya merangsang organ seks utama sahaja. Mulakan dengan bahagian lain dulu. Merayaplah ke keseluruhan kawasan.
Ia menimbulkan rasa sensasi menerusi tindakan suami yang tidak dapat dijangka.
5. Gelojoh
Serahlah sebahagian perana intim kepada isteri saudara juga. Tunggu dia membuka semuanya dengan tenang. Jika saudara lakukannya, buat juga dengan tenang.
Kegelojohan merosakkan mood romantik. Ia memberi isyarat ''dah tahu dah lepas ni apa"kepada isteri saudara
6. Tanggungjawab
Pakai kondom?Buanglah sendiri selepas digunakan. Ia tanggungjawab suami dan isteri tidak sempat memikirkannya.
7. Rehat sebentar...?
Saudara sedang lakukan cumbuan. Kemudian saudara berhenti untuk rehat kerana 'penat' bercumbu. Kepenatan saudara mengelirukan isteri yang sedang keghairahan.
Setelah melakukan cumbuan dan istimta’ (foreplay), isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak.Teruskan rangsangan saudara, dengan ringan jika saudara kepenatan.
Kesimpulan
Rahsia dalam mencapai salah satu objektif seks; iaitu kepuasan fizikal dan mental tidak terbatas. Salah satu idea tindakan saudara adalah memegang kepada kata kunci kreatif. Ia dikongsi dalam panduan kami - Sulit:Seni Kamar yang Hilang.
Saudara boleh terus bercinta dengan isteri, dan selami naluri dan kemahuan ghairah (nafsu) isteri saudara. Ia amat membantu meningkatkan kepuasan bersama. ia tanggungjawab seorang suami yang bijak.
0 Komen:
Catat Ulasan