Khamis, 18 Ogos 2011

2 Falsafah Teras Didik Anak

Sebagai ibu bapa yang prihatin, saudara melaksanakan pelbagai kaedah untuk memastikan anak-anak taat dan patuh.

Jika hendak dilaksanakan pelbagai kaedah, dan masih belum memiliki anak yang soleh/ solehah-mari kita menghayati falsafah teras kejayaan mendidik anak.

Falsafah ini tidak tersembunyi dalam kaedah yang dipraktik, tetapi  semangat biasa dan sering culas dilaksana pelbagai peringkat manusia, - Istiqamah ,kekerapan dan konsistensi.

Istiqamah ,kekerapan dan konsistensi?
Istilah ini menghasilkan maksud yang serupa saja. Selalu mengamalkan sesuatu. Rujuk kembali kaedah praktikal dan inovasi yang saudara lakukan atas anak saudara. Bagaimana penerimaan anak kita?

Jika anak saudara sudah melaksanakan sebahagian besar dari amalan yang saudara ajarkan, kemungkinan besar saudara  konsisten dalam mendidik anak. Jika tidak, nilai kekerapan yang saudara praktikkan masih belum memadai dalam membentuk hasil acuan yang diingini.

Prinsip asas Istiqamah
Istiqamah datang dengan satu prinsip asas yang wajib. Ia adalah kesabaran. Dalam keadaan saudara bekerja dan melaksanakan amanah tuhanyang lain, saudara perlu terus mendidik anak dengan kaedah yang sama nilai kualitinya. Bererti, walau sibuk dan lapang masa saudara, saudara pelu amalkan kaedah didikan anak yang sama hebat, malah bertambah kualitinya (dari masa ke semasa)

Suasana mempengaruhi didikan
Sifat anak-anak  dipengaruhi secara langsung dari keadaan di sekitarnya. Jika anak saudara berada dalam lingkungan manusia yang kasar bait patah perkataan-perkataannya, maka tidak banyak, sedikit anak akan terikut-ikut untuk meggunakan perkataan yang serupa dalam pergaulan mereka. Hal ini dikhuatiri berlangsungan pula kepada dalam pergaulan bersama orang yang lebih berusia.

Saya yakin saudara sekarang dapat memikirkan formula mudah untuk melahirkan anak-anak yang taat dan patuh. Kaedahnya adalah seperti yang saudara bayangkan-hadirkan suasana yang membina personaliti anak saudara. Kaedah hadirkan suasana yang sedemikian semudah mengubah cara pergaulan kita atau menetapkan di mana anak saudara perlu ada dalam kebanyakan masanya.

Suasana+Istiqamah
Sekarang saudara sudah memiliki 2 teras kaedah didik anak yang berkesan. Ia bersandarkan falsafah suasana dan kekerapan laksana. Tanpa jemu dan sehingga berjaya, saudara amalkan kaedah mudah ini seumur hidup, dan bila ia sebati dengan jatidiri kita-ia bukan lagi kaedah didikan. Ia adalah gaya hidup yang membina.

Bukan sekadar kaedah khusus didik anak
Benar, teras didikan anak ini bukan berasal dari tujuan mendidik anak. Ia bertunjangkan kepada konsep pembangunan diri dan memperkasakan personaliti. Jadi, tak hairanlah mengapa falsafah asas ini terbukti berjaya melahirkan peribadi anak yang cemerlang.

0 Komen:

Catat Ulasan

gegaranasmara.com
 
^ Naik ke Atas