Jumaat, 2 September 2011

Mengapa Isteri Menolak Hubungan Bersama?


Ada masanya pasangan saudara menolak hubungan intim. Ada masanya kita tertanya-tanya mengapa jadi begitu. Dalam banyak keadaannya, pemahaman bahasa tubuh dan naluri pasangan saudara amat membantu pada masa ini.

Penolakan berlaku kerana sebab yang jelas yang saudara maklum tentang pasangan saudara. Namun, terdapat juga sebahagian gelagat yang memeningkan.


Ini terjadi kerana saudara tidak mengetahui apakah punca penolakan tersebut. Dengan memahami puncanya, saudara akan lebih tenang, rasional dan kematangan hidup bersama saudara lebih dikagumi isteri.Seks bukanlah tentang sebelah pihak sahaja.

Dalam temubual bersama Sarah Stefanson, pengkaji gelagat seks bersama majalah Askmen pada oktober 2009, terdapat beberapa alasan normal mengapa isteri tidak mahu melakukannya.

1.Kecewa 
Wanita mudah memancarkan cerminan emosi, melalui perbuatan dan gelagatnya. penolakan juga boleh berlaku bila mereka berasa kecewa dengan sesuatu yang berkaitan kehidupannya sehari-hari. Keadaan semakin serius jika saudaralah punca kekecewaanya itu!

Ubati kekecewaanya.Beri kata peransang dan semangat. harapan yang baik juga boleh disiram pada hati isteri saudara. jika ia berkaitan saudara, lakukan sesuatu agar si dia tak kecewa dengan sikap saudara lagi.

2.Menzahirkan Penguasaan / Ego
Perasaan wanita adakalanya ingin menunjukkan dominan dan mahu dihormati. Ini juga mendorong mereka dari menolak ajakan suami mereka. Penjelasan yang berhikmah dan baik diperlukan agar mereka faham dan jelas matlamat keharmonian rumahtangga dalam hieraki yang betul.

Dalam sesetangah agama, hal ini adalah tidak boleh berlaku. ia memerlukan pemahaman dan penghayatan suami dalam melaksanakan perintah beragama sebaiknya. Didikan yang berhikmah diperluakn untuk isteri sebegini. Sebilangan mereka berasa ia menunjukkan 'dominan' bila menolak pelawaan suami.

3. Bosan 
Isteri melakukan hubungan kerana perasaan cinta. Adakalanya menurut Sarah Stefanson, bila terhakis nilai cinta dan kasih sayang, perasaan bosan mula mengisi ruang hati. Bila bosan melanda, penolakan bersama juag terjadi kerana pada mereka tiada maknanya bersama jika bukan sepenuhnya dari hati.

4. Keletihan 
Seks memerlukan stamina dan keadaan fizikal bersedia 100%. Isteri yang sangat letih, ada lebih bermanfaat untuk tidak meneruskannya. Jika diteruskan, ia bakal disusuli dengan kekecewaan.

Keletihan juga menjadi alasan isteri menolak seks. Sebagai pasangan, saudara perlu peka dengan keadaan si dis yang tercinta. 

5. Permintaannya tak dipenuhi
Menolak mungkin saja dianggap tawar menawar (bargaining position) bagi sesetengah isteri. 

Ini memboleh si isteri meminta hal-hal yang ia inginkan, sehingga suaminya 'terpaksa' menuruti keinginannya.Jika tidak dipenuhi, tiadalah seks!

6.Mempunyai teman gelap
Kemungkinan paling terakhir untuk difikirkan. Dalam pemahaman seks barat, hal ini mungkin terjadi. ia bersangkutan dengan sosio budaya hidup yang bercelaru di sana.

Saudara abaikan saja faktor ini, dan kami harapkan faktor ini jauh dari hidup saudara. Jika berlaku, dapatkan nasihat pakar yang benar-benar berkelayakan.

Kesimpulan
Apabila si dia menolak pelawaan saudara, cari jalan untuk rasionalkan tindakan saudara. Mengetahui sikap, perangai dan gelagat dari faktor-faktor di atas dapat membantu saudara membuat keputusan yang lebih baik.

Sebagaimana yang saudara tahu, seks adalah berkaitan cinta dan persefahaman berdua. Jadi hasil dari aktiviti ini perlu dinimkati kedua-duanya. Saudara boleh saja menangguhkannya jika keadaan tidak mengizinkan.

Usahakan agar aktiviti berdua lebih bermakna dari masa ke semasa. Jangan biarkan emosi dan suasana mempengaruhi anda!

0 Komen:

Catat Ulasan

gegaranasmara.com
 
^ Naik ke Atas