Jumaat, 8 Julai 2011

Seks Ketika Hamil: Selamat atau Mengundang Bahaya?

Menjalani hubungan kelamin semasa hamil adalah perkara yang biasa kita dengar dan ketahui. Namun, ia 'terdampar' kepada kepercayaan dan pemahaman individu terhadap perlakuan itu sendiri.

Umpamanya, seorang suami masih mengelak perbuatan ini walaupun jawapan pakar sebaliknya kerana faktor; dia adalah satu satunya insan yang lebih memahami isterinya.

Hal ini menjangkaui boleh atau tidak. Ia atas persetujuan pasangan tersebut. Baiklah, mari kita teroka lebih lagi. Bukan lagi soal setuju atau tidak, tetapi soal selamat atau bahaya(kepada kandungan dan ibu)

Faktor keselamatan amat dititikberatkan oleh seorang suami, lebih-lebih lagi yang lewat dapat cahayamata. Ya lah, bimbang keselamatan kedua-dua insan yang tersayang, ibu dan anak (dalam kandungan)

Sudah lama menanti, baru sekarang berhasil. Tentulah penjagaan si suami rapi dan berhati-hati. Ada suami sanggup 'berpuasa' kerana bimbang ia akan menjejaskan kandungan dan isteri. Konflik pula si isteri kerana mengidamkannya.

Selamat?
Secara semulajadi, isteri anda tahu kandungannya berjalan lancar, dan ia terjadi melalui biologi dan naluri si isteri. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan hasil pemeriksaan pakar (doktor bertauliah) dalam bidang kehamilan.

Isteri pasti akan mengadu jika sesuatu yang tak sedap pada kandungannya.Petanda kandungan dan isteri selamat adalah si isteri pinta hubungan intim.

Keperluan Seorang Isteri
Dalam hal ini, suami perlu memikirkan bagaimana hendak memenuhi keperluan isteri dan pada masa yang sama, memelihara keselamatan terhadap kandungan.

Cara yang menjamin kedua-duanya selamat adalah amalkan posisi yang selesa isteri lakukan. Keselesaan itu adalah faktor utama keselamatan kandungan dan isteri saudara.

Kesan
Hubungan intim terbukti dapat meningkatkan hubungan persefahaman antara anda dan isteri, termasuk juga bayi dalam kandungan. Amalkan posisi mengikut keselesaan isteri serta tidak memberi tekanan kepada kandungan. Masih terdapat beberapa posisi yang selamat dan memberi nikmat kepada pasangan.

Kesan semasa proses kelahiran adalah pintu faraj mudah meregang bergantung kekerapan aktivti intim bersama.

Mengapa Terdapat Isteri yang Mendambakan Hubungan Kelamin Ketika Hamil?
Sesetengah wanita, berselera pintu syahwatnya sepanjang proses kehamilan.Secara hikmah pula, semasa hamil mukosa faraj mudah mengeluarkan rembesan pelicin yang akan membantu kelancaran hubungan kelamin.

Ia sudah diatur sedemikian dan perubahan semulajadi pada tubuh isteri itu turut memberi kiasan hubungan itu selamat semasa hamil, melainkan doktor saudara dan saudari menasihati sebaliknya.

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju. Lebih yakin apabila kta rjuk doktr.

Tim Gegaran Asmara berkata...

Tepatsekali.Sentiasa rujuk pada yang pakar.

Catat Ulasan

gegaranasmara.com
 
^ Naik ke Atas