Jumaat, 8 Julai 2011

Erectile Dysfunction:Bahagian 2

healthmedcare.com
Sebagaimana yang pernah kita bincang dulu, kini kita sambung ke bahagian 2, fakta ringkas dan realiti tentang Mati pucuk atau erectile dysfunction (ED).


4. Bolehkan ED Dirawat?
Bila kita merujuk pakar(doktor) pada peringkat permulaan,umunya doktor akan menyarankan kita agar mengubah gaya hidup mereka. Kita mampu tersenyum riang jika diberitakan demikian.

Ini kerana perubahan gaya hidup walau amat minima,amat memberi impak.Umpamanya kurangkan rokok,dan jika sudah mampu kurangkan-hentikannya terus.

Berhenti ambil dadah dan minum alkohol. Berhenti juga daripada mengambil ubat yang mengandungi kandungan dadah perangsang rawatan yang menyebabkan kesan sampingan ED. Pastinya dengan nasihat doktor kita.
“Ubat seperti Viagra, Cialis dan Levitra boleh membantu. Tetapi ubat-ubat ini tidak mempunyai kesan yang sama dalam semua orang. Bincang dengan doktor  dahulu. Adalah penting untuk mengambil makanan yang sihat dan lakukan senaman yang secukupnya,” 
Kaedah lain ialah menggunakan alat vakum, suntikan ubat terus (dengan pantauan doktor) ke zakar serta juga pembedahan implan ke dalam organ itu.

5.Tidak Mahu Menghidapinya-Bolehkah ED Dicegah?
Amalkan petua mudah ini-elakkan merokok, elakkan alkohol dan dadah. Cari ketenangan dan kurangkan stres. Banyak stress menghasilkan hormon (kortisol) yang mengurangkan hormon (testostoron) reproduktif lelaki.

6.Mengapa ED Berleluasa di Seluruh Dunia?
Pada 2008-ramai lelaki yang kecewa, terutamanya yang nak beristeri lebih. Mengapa?

Bila diberitakan viagra tidak dapat membantu (untuk jangka masa panjang) menyebabkan ramai pengidap menyangka kelemahan mereka adalah kekal. Realitinya, pengidap ED boleh dibantu, dan sembuh pula. Asalkan pesakit mempunyai sikap yang betul.

Janganlah segan untuk meminta bantuan kerana terdapat beberapa kaedah, dan kaedah preskripsi semakin bertambah  yang boleh membantu.

Kesimpulan Bahagian 2
1.ED boleh dirawat. Jika kita mengesyaki menghidapinya , segera berjumpa doktor. Patuhi arahan doktor.
2.Berusahalah (dan disiplin) dengan cadangan doktor. Ini kerana perbuatan anda itu mendorong kepada menambahkan aliran darah, meningkatkan hormon (testostoron) dan meningkatkan keanjalan otot zakar.


Bahagian bergaris di atas adalah keadaan seseorang yang tidak menghadapi ED.

Jawapan yang lebih tepat kepada gejala ED yang meningkat adalah perubahan drastik gaya hidup. Saudara dan saudari pasti perasan,semasa kereta tidak banyak di jalanraya suatu masa dulu, tidak ramai penduduk Malaysia yang obes.Perubahan gaya hidup boleh memberi impak kemurungan yang berpanjangan.

pilihlah untuk berdisplin dalam hidup yang sihat:)

Saudara dan saudari boleh rujuk bahagian 1 disini

2 Komen:

Soulfly berkata...

Info yg menarik.Tuan,Macamana nk tingkatkn testostorone secara natural?

Tim Gegaran Asmara berkata...

Terima Kasih Soulfly.Banyak caranya.Secara keseluruhan,banyakkan aktiviti sukan.Terutamanya pada waktu sukar seperti bersenam pada waktu pagi atau mengangkat bebanan berat. Hormon testostoron yang berganda akan dirembeskan respon dari aktiviti soulfly tu.

Harap dapat membantu saudara:)

Catat Ulasan

gegaranasmara.com
 
^ Naik ke Atas