Seks yang baik diidamkan semua pasangang. Ia memberi 1001 faedah dan kelapangan kepada keperluan biologi pasangan. Malah mendapat pahala pula,sehingga dianugerahkan nikmat dariNya.
- Wanita
Jika seseorang itu stress, dia tidak dapat beri tumpuan kepada hubungan intim dan dia akan layani suami/isterinya sekadar memberi kepuasan kepada suami/isteri dan bukan untuk dirinya. Dalam banyak keadaan, isterilah yang sering menanggung stress, dan tidak mendapat kenikmatan total.
- Lelaki
Lelaki pula, walaupun kurang terjejas dengan stress, faktor kesihatan pula yang menjadi ancaman. Kemunduran prestasi seksual pasti berlaku jika mengalami masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol, penyakit koronari jantung, kesan sampingan penggunaan preskripsi ubat dan pelbagai lagi. Semua ini mengganggu fungsi syahwat dan paling membimbangkan-ia mengganggu pencapaian klimaks.
- Lelaki+Wanita
Bayangkan seorang lelaki mengalami masalah kesihatan, dan gagal untuk mencapai ereksi yang mencukupi untuk penetrasi, bersama pula isterinya yang mengalami masalah kesihatan yang kronik, mengakibatkan kegagalan untuk menghayati rangsangan; lewat untuk mencapai rangsangan.
Masalah Prestasi Seksual Wanita
Jika keadaan ini dialami lelaki,ia digelar mati pucuk.Bagi wanita, ia dikenali sebagai 'mati putik' (disfungsi seksual wanita). Cara yang baik untuk kita menangani masalah ini sama seperti rawatan mati pucuk-merujuk pakar (doktor) dan laksanakan secara disiplin tindakan pemulihan-yang merangkumi rawatan atau amalan meningkatkan seksual wanita.
100% Faktor Kesihatan
Gaya hidup sihat. Jawapan paling tepat dalam menghadapi masalah ini, atau sebagai perisai sebelum dalam usaha menghindari penurunan prestasi seksual. Sihat bukan saja meliputi penjagaan makanan, senaman malah pemikiran dan ketenangan jiwa. Beramallah dengan patuh dan rasai ketenangan beragama.
Pilihan paling mudah dan ringkas dalam menghadapi masalah ini ialah dengan mengamalkan suplemen yang dapat menambahkan penghasilan hormon berkaitan (testortorone dan estrogen). Kesannya cepat namun amat dicadangkan saudara dan saudari turut mengamalkan aktiviti yang meningkatkan hormon secara semulajadi.
0 Komen:
Catat Ulasan