Kesuburan, jika dibincangkan ia selalu menyentuh dan fokus pada individu. Perbezaan ini makin menjarakkan pasangan dan akhirnya-tidak banyak yang dapat dilakukan oleh pasangan yang menghadapinya.
Faktor Biologi:Persamaan atau Perbezaan?
Faktor biologi yang pelbagai, dan sipisahkan pula antara jantina menjadikan ia perkara yang ditumpukan hanya pada seseorang.
Dari memencilkannya kepada seseorang, sebuah keluarga harus mengambil jalan kolektif (bersama) dengan mencari persamaan masalah biologi ini.
Dari memencilkannya kepada seseorang, sebuah keluarga harus mengambil jalan kolektif (bersama) dengan mencari persamaan masalah biologi ini.
Ini meningkatkan persefahaman dan individu yang sebenarnya bermasalah akan terasa sokongan dan lebih terbuka untuk penyelesaian. Hal ini meningkatkan peratusan saudara dan saudarai memiliki anak di masa mendatang.
Perincian Masalah
Bagi lelaki, keperluan menghasilkan sperma berkualiti. Kualiti diukur dari kemampuan sperma mengharungi perjalanan panjang bermula faraj, melalui serviks dan terus ke saluran peranakan (uterus). Persenyawaan antara sperma dan telur berlaku disini.
Wanita perlulah menghasilkan telur (ovari) dan,ia mestilah berupaya bergerak ke salur peranakan. Hanya dengan 2 peranan masing-masing lelaki dan wanita dapat merealisasikan sebuah kelahiran yang amat dinanti.
Masa yang Tepat
Telur yang dihasilkan wanita berlaku 1 bulan 1 kali.Perkiraan yang tepat pada masa telur bersedia adalah penting bagi pasangan yang mahu menimang cahaya mata.
Sesudah persenyawaan, janin yang terbentuk memerlukan rahim yang normal (mampu berkembang).
Apa Terjadi Jika Berlaku masalah?
Jika terdapat sebarang masalah dalam proses perkiraan masa dan rahim yang tak mampu berkembang, peluang untuk hamil rendah. Majalah Mingguan Wanita menganggarkan, dari 10 pasangan ,1 pasangan menghadapi masalah ini.
Sebelum membuat kesimpulan berkaitan kesuburan, kita harus menilai tempoh usaha bersama mendapatkan kelahiran. Jika pasangan berkenaan berusaha selama 12 bulan dan masih belum berjaya (mengandung)-kebiasaannya ia dikatakan mempunyai masalah kesuburan.
Apa yang Saudara Terokai
Saudara dan saudari sudah mengetahui satu kunci utama masalah ini. Ia adalah usaha mencari persamaan dalam pasangan. Setelah itu,terdapat banyak pilihan dan langkah yang dapat dilakukan. Asalkan tidak berhenti berusaha.
Bahagian ke-2 akan menceritakan apa tindakan lanjut yang boleh diambil pasangan.

0 Komen:
Catat Ulasan