Jumaat, 22 Julai 2011

5 Tahap Seks Wanita Mengikut Umur

" Jika diukur keinginan seks dengan umur, berbanding lelaki-golongan wanita adalah yang paling ketara menerima impaknya. " 
Demikian mengikut pakar seksologi dari New York, Shirley Zussman.

Benarkah semakin berusia, seorang wanita- semakin menurunlah hasrat untuk hubungan seksualnya?


Dari pengamatan dan kajiannya, kebanyakkan wanita masa kini mempunyai 5 tahap seks dalam seumur hidup.

Setiap tahap tersebut dinilai dan diukur dengan takat‘ghairah’ tersendiri. Umumnya perasaan ghairah seks mula muncul menjelang usia baligh.

Lima tahap seks ini bermula pada usia remaja dan berakhir pada usia 50-an.

1.Remaja (hingga 20-an)
  • Seks pada masa ini tidak perlu diakhiri dengan senggama. Ghairah hanya pada luaran, dan banyak dari masa dinilai dari pemerhatian (dari mata). Mereka kabur dan sedang mencari apa itu seks. 
  • Sepanjang proses ini,mereka cenderung dan minat untuk membaca perkara-perkara yang berkaitan dengan seks. Waktu ini juga remaja perempuan suka dengan sentuhan, kasih sayang, perhatian dan pemahaman.

2.Umur 25-30 tahun
  • Kebanyakkan wanita pada waktu ini bersedia untuk bercinta, dan hubungan seksual. Ramai wanita bersetuju ia waktu yang paling ideal untuk berumahtangga. Mereka selesa dengan perubahan tubuh dan faham dengan keperluan seksual. 
  • Dilema yang dihadapi kebanykkannya berpunca dari perjalanan karier yang memberi kesan kepada hasrat seksual yang bergelora. Terdapat mereka yang menunda keperluan berfamili kerana ingin membina karier yang kukuh.

3.Umur 30-39 tahun
  • Lebih sensitif dengan sentuhan. Mereka mendambakan sentuhan daripada pasangan. Pada usia ini wanita berkahwin merasai kebebasan seks dan mampu menikmatinya dengan perasaan yang mutlak. 
  • Kehamilan dan perubahan hormon juga mempengaruhi gelora seksual mereka. peningkatan aliran darah di pelvik (pinggul) membuatkan mereka mudah terangsang untuk melakukan hubungan seks dengan suami.

4.Umur 40-49 tahun
  • Umumnya, keinginan seks mencapai kemuncaknya. Kerjaya dan keluarga berkeadaan stabil. Ini membuka ruang untuk diri sendiri dan berusaha mempertahankan kehidupan seksnya dengan baik.
  • Ramai yang membuat rawatan bagi meningkat dan memperkasakan ghairah seksualnya supaya setaraf dengan suaminya. 
  • Ada kemungkin tahap dan hasrat seksual mereka setanding dengan wanita muda yang lain.

5.Umur 50an
  • Biasanya, ghairah seks mula menjunam,tahun demi tahun bermula usia 50. Hormon kewanitaan, estrogen semakin berkurangan dan menjejaskan kekerapan hubungan seks . 
  • Perkara ini tidak semestinya terjadi pada setiap wanita di dunia ini. Wanita yang mempunyai rutin hubungan seks yang teratur, seragam dan mesra ketika zaman mudanya, usia bukan penghalang untuk mereka menikmati seks, sama seperti masa muda.
  • Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kehamilan wanita berusia 70 tahun di India sekitar tahun 2009 lalu.
Kesimpulan yang dipelajari, keupayaan wanita mengekalkan hormon estrogen bermula dari kecekapan seseorang itu melakukan pelaburan terhadap tubuh melalui diet yang cemerlang, amalan pengambilan suplemen (jamu) dan aktiviti senaman yang teratur mengikut usia.

Kawalan stress yang baik juga berupaya menghalang estrogen dari susut mendadak. Kebanyakkan wanita asia yang awet muda berada di tahap 5-natijah dari diet, jamu dan senaman yang seragam.

0 Komen:

Catat Ulasan

gegaranasmara.com
 
^ Naik ke Atas