Dalam kehidupan bekeluarga, setiap unit dan komponen (ahli keluarga dan saudara mara) dalamnya mahukan kebahagiaan, dan kekalkan ia. Derita bukanlah pilihan dan semua insan berusaha menghindarinya.
Kebahagiaan lebih dihargai jika ahli keluarga berkenaan pernah melalui detik suram pergolakan dalam keluarga seperti perkelahian, kesusahan dan pelbagai cabaran lagi.
Kebahagiaan lebih dihargai jika ahli keluarga berkenaan pernah melalui detik suram pergolakan dalam keluarga seperti perkelahian, kesusahan dan pelbagai cabaran lagi.
Kesan paling tragis apabila setiap ahli keluarga membawa haluan masing-masing kerana perceraian, yang berpunca dari pergolakan rumahtangga.
Banyak saranan dan idea dikongsikan oleh pemikir dan professional berkaitan kebahagiaan rumahtangga. Dari idea semudah 'cakap dan praktik' hinggalah idea yang dilabel 'senang cakap dari praktik'.
Idea yang diberikan amat bagus dan membantu. Sikap dan tindakan ahli keluargalah yang menyebabkan satu-satu idea menjadi 'senang cakap dari praktik'.
5 Cara Sengaja Eratkan kekeluargaan
Cara ini dilabel sengaja kerana saudara boleh terus lakukan, bersahaja dan dengan niat mengeratkan silaturahim kekeluargaan. Ia bukan saja cara yang bernilai harmoni malah mengundang pahala pula.
1. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
Sekali dengar idea ini, ia adalah peranan suami dan isteri untuk beralah (jika lepas berselisih faham), dan memujuk atau bermesra kepada pasangan. Saudara boleh laksanakan dengan kerapkan interaksi melalui gurauan, rancang percutian atau banyakkan sebarang perbuatan yang disenangi pasangan.
Namun, 2 kali dengar (dan baca), peranan ini boleh diaktifkan oleh ahli keluarga. Bagaimana? Dengan mengambil tindakan kerapkan bersama ahli keluarga lain seperti ibu bapa seperti kerapkan gurauan, bertanya soalan yang digemari, luangkan masa dengan hobi mereka.
Jika anak saudara masih belum mengerti peranan ini, pupuk dan doronglah mereka melakukannya sedari kecil lagi. Cara mudah membentuk buluh adalah dari rebungnya.
2.Sengaja amalkan nisbah ini=Puji berganda-ganda :1 teguran.
Semulajadinya, manusia adalah kritis. Saudara mesti perasan-dalam banyak hal, majikan, adik beradik, ibu bapa, malah pemandu bas ekpress dan makcil penjual penjual kuih di Pekan Rabu banyak kritik dari puji.
Hal ini lumrah manusia. dan kita dididik oleh khalayak di sekeliling untuk bertindak demikian. Ia pendidikan melalui teladan perbuatan.
Tongkah arus ini dengan amalkan banyak, malah berganda dari biasa pujian terhadap ahli keluarga saudara. Asalkan jangan terlebih ketika pertama kali melakukannya-dibimbangi saudara akan dilabel 'buang tabiat'. Lebih-lebih lagi lepas 2-3 hari mempraktik, saudara dilihat kurang pujian dari hari pertama.
Lebih mudah, saudara gunakan nisbah ini: 1 kali terguran=maksima 7 kali pujian. Perlu diletak maksima agar tidak lebih. Jika saudara kata 7 itu lebih, ambil 4. bawah dari 4 ia kurang mesra sebenarnya :)
3.Sengaja serlahkan ayat-ayat cinta.
Tunjukkan kecintaan saudara kepada suami / isteri dan ahli keluarga. Kepada pasangan, serlahkan lagi dengan menyebut sejelas-jelasnya.
Bagi seorang isteri-adalah lebih baik suaminya banyak menyebut kecintaan ini secara kiasan dari secara jelas. Dari sudut pandang dan pemikiran isteri, ia mempunyai nilai romantik dan membangkitkan nostalgia.
Malah, sebut secara jelas dan kerap dibimbangi jemu dan tidak sekreatif sebutan dan perbuatan kiasan.
Bagi lelaki pula, kata-kata yang jelas butirannya seperti 'saya sayangkan awak' dan 'rindu awak' adalah pilihan terbaik. CUma ubahkan variasi ayat dan ia tetap membawa erti 'saya cintakan awak.'
Bagi lelaki pula, kata-kata yang jelas butirannya seperti 'saya sayangkan awak' dan 'rindu awak' adalah pilihan terbaik. CUma ubahkan variasi ayat dan ia tetap membawa erti 'saya cintakan awak.'
4.Sengaja bergurau dan bermesra.
Ditujukan khas buat pasangan suami isteri. Saudara boleh mulakan dulu sehingga wujud persekitaran mesra antara saudara berdua. Lihatlah, ia seterusnya menjangkiti keluarga saudara dan lihatlah impak gurau senda dalam merapatkan silaturahim.
Hal ini turut dipakejkan sekali dengan elemen membina seperti; sokongan ahli keluarga dan perasaan dipunyai yang hebat.
5.Sengaja berterus terang.
Banyak situasi yang memerlukan kita berterus teang. Saya percaya, melalui pengalaman saya dan saudara-pasti saudara dapat nilai betapa lancarnya satu peristiwa dilalui dengan sikap berterus terang.
Bonus dari sikap ini adalah saudara lebih disayangi, dipercayai dan lebih diberi perhatian jika perkara yang diterus terangkan itu melibatkan kesilapan kita. Elemen penting yang perlu disertai dengan berterus terang adalah sifat terbuka. Sifat ini mengelakkan prejudis yang boleh memecahbelahkan sesebuah keluarga.
Keperluan Melaksana
Ini adalah sebahagian dari senarai panjang idea yang dikongsikan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Idea beliau amat relevan dan memberi banyak pilihan untuk saudara pilih dan sengaja laksanakan demi kecemerlangan keluarga saudara.
Lapan hari lagi saudara akan pilih juadah berbuka puasa. Saudara membeli sedikit dari barisan juadah yang sekian banyak di Pasar Ramadhan. Pulang rumah. saudara dan nikmati dan kongsi faedah kenyang bersama keluarga tercinta.
Sama halnya dengan idea beliau, menjadi keperluan ahli keluarga bahagia seperti saudara untuk pilih (dari sekian banyak idea) dan sengaja laksanakan terus.
Mari sengaja amalkan:)
0 Komen:
Catat Ulasan