
Ia adalah bahagian tubuh yang subjektif. Ada yang mengatakan ia membina keyakinan atau sebaliknya.
Namun, lebih dari itu kesihatan bagi memelihara fungsi payudara haruslah diberi perhatian melebihi lain-lain keperluan.
Dari sudut pandang keratan rentas payudara, saudari akan dapat melihat ia terdiri dari jaringan-jaringan yang kompleks, menjalar antara kelenjar susu dan jaringan-jaringan saraf penghubung yang dikelilingi lemak.
Lemak-lemak itulah yang membentuk saiz payudara saudara.
Jaringan penghubung (attached) pula menentukan bentuk payudara. Ia menyokong kulit payudara dan mengimbang dan memperkemas otot-otot di sekitar leher dan bahu hadapan.
Bagi memelihara kesihatan payudaya agar tetap dalam bentuknya, gunalah "bra" yang berpadanan dan selesa dan stabil menyokongnya . Hal ini lebih penting diberi perhatian oleh mereka yang memiliki saiz yang besar. Hal ini kritikal kerana otot-otot payudara mudah meregang akibat tarikan graviti payudara dan jika ia berterusan, ia akan merubah bentuk payudara anda, kerana regangan yang kerap dan berat.
Penjagaan dan pemulihan
Banyak kaedah pemulihan payudara tertumpu kepada mengindahkan bentuk. Antara yang popular dan mudah adalah dengan senaman. Ia perlu disertai kesabaran, kerana hasilnya bukan muncul dalam masa yang singkat.
Persepsi senaman untuk melihat hasil juga perlu diubah. Lebih-lebih lagi senaman payudara adalah senaman proaktif kerana ia juga berfungsi untuk memberikan saudari tanda awal masalah lain seperti barah payudara.
Statistik mebuktikan, hanya 20% barah payudara berjaya diselamatkan sepenuhnya kerana ia dikesan awal. Senaman harus dilakukan secara berkala. Sebaiknya dilakukan pada pagi, selepas bangun tidur.
Pilih riadah saudari
Melakukan aktiviti berenang adalah baik, bukan saja untuk jantung malah payudara saudari. Semua otot yang menampung otot-otot payudara diaktifkan dengan baik. Saliran darah juga lebih lancar, kerana berenangturut membantu melancar peredaran darah di kawasan berkenaan. Apungan pada kawasan berkenaan mengurangkan impak tarikan pada jaringan penghubung.
Berjoging memberi impak yang lebih kepada payudara. Pilihlah untuk memakai bra yang sesuai dan selesa semasa riadah ini.
Senaman penjagaan
Gerakan senaman ini boleh membantu memperindahkan payudara Anda:
- Luruskan tangan ke atas, sehingga posisi badan atas saudari terangkat. Ulangilah dalam kiraan 10 kali. Tambahkan ia sehingga 20 kiraan dari masa ke semasa.
- Berdiri dalam keadaan kedua belah tangan ke belakang, dan menggenggam benda yang agak berat sedikit-seperti berat sebatang tongkat.
- Bongkokkan badan ke depan hingga bahagian punggung menjadi datar, sama dengan badan. Kemudian gerakan kedua belah tangan seperti hendak menjangkau sesuatu di hdapan saudari secara bergantian-tanga kiri; kemudian tangan kanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
- Silangkan tangan saudari di depan dada. Lakukan gerakan menggerakkan bahu kedepan, tumpukan kekuatan pada otot-otot bahu saja. Otot-otot bahu dan otot-otot di sekitar payudara terasa pejal dan gagah. Ulangi dalam kiraan 20. Tingkatkan menjadi 100 kali masa demi masa..
Teknik fizikal yang lain pula adalah urutan. Namun, ia perlu dipelajari dengan teliti. Saudari mempunyai pilihan untuk mengupah bidan yang berkemahiran. Kerap menjadi pilihan kepada yang berbadan dua.
Mohon elakkan ini!
Rasional pantang larang ini adalah perbuatan ini meregangkan jaringan pada payudara.
- Jangan kerap mandi air panas.
- Jangan tidur tertiarap.
- Jangan selalu tak mengenakan bra
- Janganlah melakukan diet yang berat. Jika berat badan susut mendadak, dikhuatiri menggangu dan menjejaskan bentuk dan saiz payudara.
- Hindari pakaian dalam yang ketat. Ia menyesakkan payudara dan menggangu aliran udara yang sempurna. Jaringan dan saraf dalam keadaan yang tak normal.
Amalkan diet, senaman dan pengambilan makanan semulajadi yang merangsang hormon estrogen. Payudara yang sihat turut memberi bonus bentuk yang menarik kepada saudari. Namun ia subjektif-bergantung kepada keperluan saudari.
0 Komen:
Catat Ulasan