Samada sedar atau tidak, dalam banyak keadaan, isteri sentiasa bersikap bijak untuk memelihara perkahwinan. Mereka sedaya mahunya ingin memahatkan hubungan cinta sepanjang hayat melalui perkahwinan.
Sikap dan tindakan bijak seorang isteri diterjemahkan dari layanan kepada suami. Selagimana isteri mahu mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, selagi itu ia sentiasa memperbaharui layanannya agar lebih bahagia.
Tanpa menyentuh soal hubungan intim, layanan sehari-hari adalah penting diberi perhatian. Isteri percaya bahawa memberi layanan yang membahagiakan akan dibalas dengan kebaikan juga oleh suami. Namun tak ramai suami menyedari hal ini. Ada yang mengambil kesempatan dengan kebaikan si isteri.
Isteri sebegini mungkin dalam dilema. Bagaimana nak menterjemahkan cinta melalui layanan jika suami pula bermain kayu tiga? Ia mimpi ngeri bagi isteri yang penyayang!!
Memperbaharui Cinta Usaha Berterusan
Kuncinya terdapat dalam cinta. Sebagaimana ia menghubungkan puan dengan suami, begitulah juga sekarang. Cinta adalah jambatan penyayang yang abadi dalam setiap perkahwinan.
'Itulah Suami Saya'
Siapa sebenarnya suami puan bakal diketahui selepas kahwin. Selama ini mungkin suami puan dapat menjaga kelakukan dan sikapnya.Tindakan puan jika berhadapan dengan sikap dan sifat suami yang tidak menyenangkan pada awalnya-terima suami puan seadanya.
Respon atau tindakbalas suami normal adalah dia akan bertambah cinta kepada kita kerana melihat kita mampu menerimanya seadanya. Lebih menguntungkan, suami puan mungkin juga berperasaan yang sama kepada puan. Dia menerima puan sebagaimana dia mencintai di awal perkenalan.
Tenang Selalu
Sebagai seorang suami, kecenderungan untuk mempedulikan suatu keadaan yang tertekan dan menyusahkan khidupannya adalah normal. Contohnya jika seorang isteri itu mudah berleter kerana marah dengan sikap suami, dia mungkin akan mempedulikan puan.
Suami menganggap hal berkenaan menyusahkan hidupnya. Dia akan mencari pilihan lain yang lebih menenangkan dirinya. Dikhuatiri, pilihan itu menggusarkan dan meruntun jiwa kita.Namun, puan ada pilihan yang lebih hebat iaitu bersabar (dan bertindak), setelah puan menerimanya seadanya.
Rentetan dari menerima suami kita seadanya, berkemungkinan dalam banyak keadaan sikap suami puan membuatkan puan marah. Jika ini berlaku, tarik nafas dalam-dalam dan pilihlah untuk bersabar.
Kembali kepada tujuan asal perkahwinan. Ia berputik dari cinta dan sentiasa berkembang dari hari-ke-hari.Tindakan berikutnya mungkin sedikit 'berteka-teki', puan perlu cuba sehingga berjaya mengambil hati dan tegur suami puan dengan berhikmah.Tuhan tidak memberi ujian melaikan puan mampu mengharunginya dengan sabar.
Sentiasa gembira
Ini realiti. Walaupun puan juga menghadapi masalah dan mungkin tekanan seharian, suami puan juga demikian. Tekanan tempat kerja tak kurang hebat dewasa ini.
Hukum tindakbalas sentiasa menjadi pilihan bijak isteri. Jadi, ini juga realiti dari pilihan isteri bijak di luar sana.Isteri bagaimanapun akan cuba tersenyum, demi menghasilkan suasana ceria dalam keluarga. dari tindakan bijak kita, ia memberi refleksi terhadap suami puan bahawa keluarga puan amat menyenangkan.
Suami yang bijak tidak akan menghancurkan matlamat keluarga bahagia dengan melakukan perkara yang meluluhkan hati puan.
Suami yang bijak tidak akan menghancurkan matlamat keluarga bahagia dengan melakukan perkara yang meluluhkan hati puan.
Kegembiraan, keceriaan dan suasana kondisif mencerminkan keluarga bahagia. Ia tak perlu dimulakan dengan kedua-dua pihak, cukup dimulai oleh satu pihak dulu. Kemudian, suami puan pasti menghargai usaha puan dan merealisasikan keluarga bahagia impian kita.
0 Komen:
Catat Ulasan