Dalam satu laporan kajian oleh firma kajian pemasaran, Nielson mengenai golongan paling stress di dunia telah meletakkan wanita Malaysia di tangga ke-16 paling stress.
Kedudukan ini merupakan gambaran umum 13.5 juta wanita dari populasi sebanyak 27 juta di Malaysia.
Kajian berkenaan berlangsung antara Februari hingga April 2011 dan membabitkan 6500 wanita di 21 negara. Mendahului senarai ulung stress adalah wanita di India dengan 87%.Reaksi dari beberapa pakar sosiologi klinikal menyatakan hal ini kerana sifat semulajadi seorang wanita dalam hidup seharian.
Punca Wanita Malaysia Stress
Menjadi stress adalah berpunca dari kejadian atau aktiviti yang meresahkan diri secara keseluruhannya. Ia meresahkan jiwa, fizikal dan minda seseorang secara hampir serentak. Bila hal ini berlaku dan kurang atau tiada tindakan proaktif susulan, ia menjadi penyebab perkara tak diingini berlaku.
Antara faktor spesifik mengapa wanita Malaysia stress adalah seperti berikut:-
- Terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan
- Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga
- Bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan majikan
- Terlalu serius terhadap pelajaran anak
- Menggalas tanggungjawab menjaga keluarga
- Terlalu dikongkong oleh keluarga
- Berhenti kerja untuk menjadi surirumah
Sifat Semulajadi Wanita
Antara sifat semulajadi seorang wanita adalah kesempurnaan. terdapat wanita yang meletakkan kriteria ini paling atas dalam hidupnya. Hal ini diterangkan oleh Datuk Dr Wan Halim Othman, pakar sosiologi klinikal.
Tegasnya lagi, jika hal ini tidak dibendung, tahap tekanan perasan semakin meningkat hingga menyebabkan ada yang tidak mampu mengawal perasaan dan bertindak di luar batasan normal.
Melihat dari perspektif yang berbeza, beliau melihat hikmah dari kedudukan ke-16 paling stress. Dibandingkan dengan wanita di Negara India, masalah ekonomi yang teruk menyebabkan sebahagian besar stress ketika ingin membina sebuah keluarga dihidapi oleh wanita di sana.
Wang hantaran yang tak mampu disediakan adakalanya menjadi alasan seorang wanita dianggap sial di sana,hanya kerana tak mampu menyediakan hantaran yang tinggi.
Wang hantaran yang tak mampu disediakan adakalanya menjadi alasan seorang wanita dianggap sial di sana,hanya kerana tak mampu menyediakan hantaran yang tinggi.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din mengulas bahawa wanita di negara membangun seperti Malaysia amat mementingkan kerjaya, kerana sebab berikut:-
- Membuktikan kebolehan setanding lelaki,
- Sebahagiannya ingin membuktikan keupayaan mereka lebih berbanding lelaki.
"Walaupun terpaksa berusaha 2 kali ganda mendapat separuh pengiktirafan yang diberikan kepada lelaki kerana masih wujud persepsi wanita tidak boleh lakukan sesuatu dengan lebih baik daripada lelaki" tambah beliau lagi.
Dalam mengharungi tugas yang banyak (kerana ingin membuktikan lebih baik dari staff lain) wanita juga perlu menjaga diri mereka lebih dari lelaki. Ini mendorong kepada rintangan tugas yang besar berbanding kaum adam.
Dari satu sudut pula, penemuan ini menunjukkan wanita di Malaysia berevolusi dan semakin berjaya setanding lelaki. Malah terdapat yang menyayingi pencapaian lelaki. Kepentingan menjaga naluri dan kebolehan mengharungi cabaran dengan bijak semakin menyerlah dengan hasil kajian ini.
Dari satu sudut pula, penemuan ini menunjukkan wanita di Malaysia berevolusi dan semakin berjaya setanding lelaki. Malah terdapat yang menyayingi pencapaian lelaki. Kepentingan menjaga naluri dan kebolehan mengharungi cabaran dengan bijak semakin menyerlah dengan hasil kajian ini.
Kesimpulan
Demi kemajuan dan pengukuhan personaliti wanita Malaysia, tindakan serius yang bersepadu menghadapi stress secara berhemah amat perlu ditekankan. Kempen kesedaran oleh pihak bertanggungjawab menjadi lebih berkesan dengan penglibatan individu itu sendiri dalam menangani stress secara berhemah.
0 Komen:
Catat Ulasan