Yakinkah saudara, mendidik anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang singkat?
Ia mungkin kenyataan yang bertentangan dengan apa yang saudara percaya sebelum ini.
Ia mungkin kenyataan yang bertentangan dengan apa yang saudara percaya sebelum ini.
Kesan untuk anak berbudi bahasa dilabel sebagai lambat jika kita hanya fokuskan kepada hasilnya. Jadi, ia kebiasaan terasa lama sebelum seseorang itu mengatakan anak kita seorang yang berbudi bahasa.
Tidak terasa lama
Saudara tidak akan merasai tempoh mendidik anak saudara lama bila saudara mengamalkannya secara berterusan.
Tidak terasa lama
Saudara tidak akan merasai tempoh mendidik anak saudara lama bila saudara mengamalkannya secara berterusan.
Menjadikan proses mendidik ini sebagai aktiviti biasa dan berterusan, Ia adalah usaha ibubapa. Nilai teras dan pegangan ibubapa menjadi tanda aras terpenting proses ini.
8 Tips mudah amal
Selain dari nilai yang dipegang utuh ibubapa, saudara boleh amalkan 9 tips ini selaras dengan nilai yang telah berteras kukuh dalam diri saudara dan pasangan. Saudara berdua pasti bangga dengan hasilnya yang terpahat selamanya, dengan izinNya.
Selain dari nilai yang dipegang utuh ibubapa, saudara boleh amalkan 9 tips ini selaras dengan nilai yang telah berteras kukuh dalam diri saudara dan pasangan. Saudara berdua pasti bangga dengan hasilnya yang terpahat selamanya, dengan izinNya.
1. Ajar apa itu hormat.
Cara didikan langsung. Ia berkesan dan langsung boleh membuatkan mereka belajar untuk menghormati orang lain. Segalanya bermulanya dari rumah. Interaksi dengan anak saudara secara langsung, walaupun mungkin si anak masih terlalu kecil untuk memahaminya.
Jangan perkecilkan minda separa sedar si kecil yang berkuasa membentuk nilai teras yang kukuh:)
2. Maaf membahagiakan.
Mohon anak saudara meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan. Biasakan ungkapan meminta maaf meniti di bibirnya setiap kali melakukan kesalahan. Ini memlunturkan peribadi egois berkembang dan membuatkan dia lebih disenangi dalam pergaulannya.
3. Contoh- memahami budi bahasa.
Benarkan anak melakukan kerja rumah yang mudah. Saudara boleh memintanya membawa pinggan plastik dan diletakkan di atas meja, atau membunag sampah yang ringan. Perbuatan ini memberi ruang anak saudara memahami, inilah yang membentuk budi bahasa.
Kemudian, berikan kebebasan anak saudara berinteraksi dengan budi bahasa dengan kenalan saudara, dan galakkan untuk anak saudara tertib ketika bergaul dengan rakan sebayanya:)
4. Kesopanan dan kesusilaan.
Galakkan dengan menggunakan frasa yang sopan semasa dan selepas meminta sesuatu bantuan seperti 'terima kasih' dan 'tolong...'
Anak saudara mungkin terlupa dalam proses ini. Ingatkannya dengan memberi respon seperti "mama tunggu ni". Respon saudara merujuk kepada menunggu frasa sopan.
5. Memberikan pujian.
Pujialah anak apabila simanja melakukan perkara yang betul. Bagi sikecil, pujian adalah kata-kata yang menyenangkan dan mengundang rasa gembira. Biarkan anak tahu bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.
6. Duduk diam di meja makan.
Ajar anak saudara duduk diam sepanjang tempoh makan. Ini membiasakan si manja saudara tertib dan mengelakkan dari melakukan perbuatan yang membuatkan saudara marah.
7. Jom, kongsi mainan.
Galakkan anak saudara berkongsi permainan. Saudara boleh melaihnya dengan bermain bersamanya atau berikan kata-kata galakan seperti pujian apabila si manja sedia berkongsi dengan rakan sebaya. Galakan adalah seperti maklumkan kepadanya sikapnya membuatkan dirinya disukai ramai.
8. Komen.
Elakkan memberi komen yang tidak bagus mengenai apa saja situasi. Didik si manja dengan menyuruhnya senyap dalam situasi yang dia tidak suka, atau minta dia katakan sesuatu yang baik. Contohnya; dari merungut makan tidak sedap, surauh saja dia katakan 'tak nak makan'.
Kesimpulan
Banyak lagi cara yang saudara boleh fikirkan dengan kata kunci; kebaikan. Tunjukkan kebaikan dalam setiap perbuatan saudara seperti mendahului memberi salam (kata-kata yang baik ) kepada orang lain, terutamanya yang lebih tua dari kita.
Mendidik anak adalah lebih hebat dan berkesan melalui perlakuan bijak saudara.
0 Komen:
Catat Ulasan