Keperluan batin seseorang persis keperluan lain seperti makan, mandi dan yang menjadi rutin seharian.
Ia dipenuhi bagi mencapai rasa kasih dan juga sebagai 'caj' positif yang mampu merangsang banyak hormon-hormon baik dalam badan seseorang.
Namun, pada satu keadaan lain, samada suami atau isteri-mereka kelihatan dingin dan menidakkan malakukannya.
Punca-punca
Antara punca -punca penolakan seks adalah berpunca dari salah satu atau kesemuanya kondisi mental dan fizikla . Ia melibatkan rentetan atau akibat ganguan dari aktiviti lain dalam hidup.
1.Keletihan
Punca paling dominan adalah keletihan. Walaupun ia umum bunyinya, ia serius kepada yang menghadapinya. penat, samada mental atau fizikal dengan tugas seharian. Suami yang kepenatan pastinya tidak mempunyai tenaga yang mencukupi melayani hasrat seks isteri mereka.
Bagi mereka, jika diteruskan juga urusan seks, sudah tentu mengecewakan pasangannya.
2.Tidak Selesa
Keadaan tidak selesa berpunca dari pelbagai sumber. Lain orang,. lain pula ragam tidak selesanya. Bayangkan keadaan suami puan yang terlalu kenyang. bagaimana keadaannya?
Mungkin suami akan terjelopok atau ingin tidur semahunya. Bayangkan pula keadaanya jika lapar pula.
kedua-dua keadaan ini samada terlalu kenyang atau lapar biasanya membawa kepada keadaan tidak selesa. Contoh lain seperti keadaan persekitaran terlebih sejuk atau panas, anak belum tidur dan membuat hal.
Dalam mendepani situasi seperti ini, sebagai isteri yang bijak, puan akan mencari situasi dan keadaan suami selesa dan lapang. Ia penting kerana jika suami tidak menolak pelawaan puan sekalipun, dibimbangi prestasi hubungan intim tidak sehebat biasa. Kesudahannya, matlamat seks yang baik tidak tercapai dan membawa kekecewaan.
3.Kekerapan
Ada juga pasangan yang menolak kerana kekerapan seks yang tinggi. Selain menimbulkan rasa keletihan, jemu juga turut mengundang. Kekerapan yang sihat dan mebahagiakan adalah sekitar 1 ke 2 kali dalam seminggu. lebih dari 2 ia adalah kerap bagi kebanyakkan pasangan.
Lebih membahagiakan, seks yang sekali -sekala dilakukan memberi kepuasan yang hebat dan prestasi kedua-duanya, suami dan siteri adalah membanggakan.
4.Faktor Kesihatan
Kesihatan mempengaruhi tindakan akal dan tubuh seseorang. bayangkan suami puan sakit gigi. Mampukan ia melayan keperluan puan dengan baik dan cemerlang?
Itu contoh sakit yang tidak membawa kesan serius sepanjang hidup. Bagaimana pula dengan penyakit yang kronik seperti barah yang perlu diteliti aktiviti fizikal dan pengambilan ubat berjadual?
Namun, dengan kecanggihan teknologi perubatan, masalah besar itu dapat diatasi dengan terapi dan pemulihan yang betul. Isteri yang bijak akan mengambil langkah mempelawa suaminya seks dalam keadaan yang membenarkan suami bertindak demikian.
Walaupun hanya sakit sekecil sakit gigi, demam atau pening kepala, ia tetap menjejaskan prestasi seks seseorang.
5.Perjalanan Jauh
Pemanduan yang jauh atau dalam keadaan stress ringan mengakibatkan suami berasa letih dan dingin untuk bersama. hal ini turut dialami oleh suami yang bekerja hanya di mana-mana kawasan sekalipun.
Meskipun, pejabat dekat dengan rumah, akibat stress di tempat kerja -ia berkembang dalam tempoh semasa kesesakan jalan semasa memandu. Suami puan kelihatan ceria apabila sampai di rumah, namun stress ini memberi kesan pada tubuh , dan tidak dizahirkan dari reaksi seseorang suami.
Pada malam hari, tubuh suami lebih memerlukan rehat akibat kesan stress pada tubuh.
Kesimpulan
Demikian tadi beberapa faktor biasa ditemui, dan ia mampu dijadikan pedoman jika suami puan menolak seks. Penolakan seks tidak bermaksud seseorang sumi jemu atau benci pada isterinya, juga bukan pengukur seorang suami main kayu tiga.
Sebagai isteri yang bijak, puan bolehlah menggunakan cara dan panduan untuk memahaim selera seks suami, dan dapatkan sebanyaknya maklumat berkaitan suami agar sebarang perkara yang tidak diingini dapat dihindarkan.
0 Komen:
Catat Ulasan