Jumaat, 13 Mei 2011

Khasiat 2 Herba Utama Wanita

Sebagai seorang surirumah, pekerja, usahawan, pelajar dan pelbagai amanah tanggungjawab-tugas seorang wanita kian mencabar. Keperluan nutrien dalaman amat diperlukan bagi menjalankan semua amanah ini.

Kunci menjalankan tugas dengan lebih efektif adalah terletak pada keperluan tubuh yang lebih segar
terhindar dari keputihan, perjalanan darah lebih lancar dan hal ini baik kepada penderita senggugut.

Perjalanan darah yang lancar juga dapat membersihkan rahim dari saki baki kekotoran - terutama selepas bersalin.

Bagi mendapatkan manfaat ini, kaum hawa perlu mengambil menu yang diperkaya dengan zat-zat warisan dari bahan-bahan herba. Salah satu herba yang hebat khasiat memelihara kewanitaan adalah kacip fatimah dan manjakani.

Khasiat
1. Khasiat kacip fatimah telah diketahui secara meluas sedari tahun 50-an lagi.Malah ia menjadi amalan turun temurun sebilangan kecil masyarakat kita sebelum itu lagi. Khasiatnya yang terbukti seperti efektif merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin. 

Paling dikenali atas  kemampuan merangsang otot-otot sekitar vagina, dan ini mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.

2. Manjakani juga berkongsi fungsi yang sama-ransangan kepada otot vagina, mengatasi masalah buasir dan keputihan. Bonus khasiat yang manjakani adalah ia bersifat anti kanser.

Selain itu,wanita juga memerlukan pemakanan bahan yang berkhasiat yang seimbang nisbah karbohidrat, protein dan mineral. Pengambilan kacip fatimah dan manjakani dapat membantu tubuh mengoptimumkan pemakanan seimbang,melalui rembesan hormon yang diaktifkan oleh 2 herba warisan ini.

Kesimpulan
Jaga pemakanan saudari dan maksimakan potensi kesihatan dalaman dari khasiat herba semulajadi. Amalkan 2 herba hebat ini untuk kesegaran dalaman saudari. Syukur, negara kita kaya dengan khasiat herba yang mudah didapati di mana sahaja.

1 Komen:

armouris berkata...

lagi info tentang kacip fatimah di SIHAT SELALU - Kacip Fatimah Untuk Awet Muda

Catat Ulasan

gegaranasmara.com
 
^ Naik ke Atas