![]() |
kesuburan menggalakkan persenyawaan |
Tahap kesuburan seseorang boleh berubah bergantung kepada 5 faktor seperti:-
- Umur,
- Tahap kesihatan keseluruhan,
- Persekitaran,
- Penyakit
- Pelbagai perkara lain dalam sejarah fizikal seseorang.
Menurut Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby, seseorang lelaki boleh berubah tahap kesuburannya tanpa perlu terikat statusnya samada kahwin atau bujang.
Ini kerana ia tidak berkaitan dengan kekerapan bersama pasangan saudara, tetapi ia berkaitan kesihatan seorang lelaki. Menurut beliau lagi, peratusan sperma yang aktif tidak kurang daripada 40 peratus manakala sperma berbentuk normal tidak kurang daripada 30 peratus.
Bagaimana Mengenali Ciri-ciri Kesuburan?
Periksa alat sulit seluruhnya. Secara sendiri dan berpaksikan kesihatan dan kemudian boleh membuat ujian tahap kemampuan menghasilkan sperma dengan merujuk kepada pakar. Ia hanyalah pilihan (opsyen bukan wajib) sahaja.
1.Rupa fizikal
Fizikal anggota kelamin yang normal iaitu mempunyai sepasang buah zakar (skrotum) yang normal dan dapat menghasilkan sperma mencukupi, sperma aktif dan normal.
Ada salur sperma dan semua organ anggota reproduktif dalaman yang normal.Contohnya seperti pundi epidemis, pundi prostat, pundi seminal dan pundi Cowpers (normal).
Alat kelamin yang boleh mencapai ereksi secara mantap, padat dan mampu melakukan penetrasi faraj, sekali gus dapat menyalurkan sperma dalam faraj.
2. Ujian air mani
Ia bertujuan mengetahui secara spesifik tahap kemampuan menghasilkan sperma. Ujian ini dilakukan dengan mengeluarkan sampel air mani.
Sampel air mani dihantar ke makmal secepat mungkin, tidak lebih dari 60 minit.Kehadiran sperma dalam air mani adalah petanda kesuburan. Profil sperma normal mempunyai isi padu air mani tidak kurang daripada 2 mililiter (ml).
Pengambilan yang tidak sempurna mengakibatkan isipadu ini kurang 2ml, dan perlu diulangi lagi sekali selepas seminggu. Biasanya 1ml air mani mempunyai tidak kurang daripada 20 juta sperma.
Pengambilan yang tidak sempurna mengakibatkan isipadu ini kurang 2ml, dan perlu diulangi lagi sekali selepas seminggu. Biasanya 1ml air mani mempunyai tidak kurang daripada 20 juta sperma.
Profil Sperma
Profil sperma boleh berubah secara positif atau sebaliknya. Jika sudah berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, anda perlu menjalani ujian air mani untuk mengetahui profil sperma, biarpun sudah melakukannya sebelum berkahwin.
0 Komen:
Catat Ulasan