Jumaat, 29 Julai 2011

3 Tip Mudah Ajar Anak Puasa Berkualiti

Ramadan bakal menjelma. Dalam menyambutnya, mari kita beri galakan kepada anak-anak supaya merasai keseronokan berpuasa bersama:)

Membentuk suasana
Sambutan Ramadhan lazim disemarakkan dengan aktiviti bersama keluarga seperti mengecat rumah dan menghias rumah.

Aktiviti membeli barang persiapan hari raya seperti telekung terkini dan baju Melayu baru supaya lebih bersedia dan berasa seronok menjelang Ramadan.

Dalam usaha membentuk suasana yang disedari anak saudara, penonjolan budaya ibadah seperti membaca al-Quran, solat sunat dan mendengar ceramah keagamaan boleh dipertingkatkan. Ceritakan kepada anak fadhilat dan keuntungan kepada kesihatan kepada anak-anak saudara.

Suasana membentuk peribadi
Sebagai ibu bapa, ia menjadi kewajipan bagi memastikan setiap urusan ibadat terpahat di jiwa anak-anak, termasuk juga berpuasa.

Berpuasa tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh. Namun usaha dapat dilatih secara beransur-ansur sebagai persediaan untuk menunaikannya ibadah puasa yang sempurna dan berkualiti apabila baligh kelak.

Mari kita berkongsi 3 panduan mengajar ibadat puasa dalam diri anak:

1.Menceritakan sejarah berpuasa. Saudara boleh mengulang kaji semula rukun, syarat, sunnah secara bersama anak saudara. Ibadah perlu disertakan dengan kefahaman dan penghayatan. Agar kualiti ibadah terpelihara.

2.Melatih berpuasa secara beransur-ansur, bermula beberapa jam dan seterusnya kepada beberapa hari. Ganjaran awal berupa pujian atau hadiah sebagai galakan mereka mengerjakan ibadah berpuasa.

Namun lebihkan penghayatan dalam diri agar anak saudara sedar bahawa ia melakukan puasa keranaNya.Raikan anak saudara ketika berbuka. Ketika sahur, galakkannya bangun dengan menghidangkan makanan kegemarannya.

3.Bukan sekadar mengajar berpuasa, selalu ingatkan anak-anak agar memelihara kesempurnaan ibadah puasa berakhlak mulia, berjimat cermat, menghindari kegiatan sia-sia dan banyakkan tolong ibubapa dari berehat. Galakkan ini boleh dibuat beransur-ansur setelah anak saudara mampu berpuasa dalam bilangan beberapa hari, bukan jam:)


Kesimpulan
Usaha saudara membentuk peribadi anak juga boleh direalisasikan dari mengajarnya beribadah. melalui contoh terbaik yang dilihat daris audara, anak saudara akan lebih cepat belajar dan hal ini turut mematangkan tingkah lakunya.

0 Komen:

Catat Ulasan

gegaranasmara.com
 
^ Naik ke Atas