![]() |
(hanyalah hiasan sahaja:) |
Klien Aiman pelbagai. Dari usahawan besar hingga ke syarikat multinasional. Dari projek jutaan keuntungan hingga ke projek wakaf untuk rakyat miskin. Pergaulannya dengan pelbagai latar klien menyebabkan dia mudah didampingi, dan mesra pula.
Namun dia seronok dengan corak hidupnya.Isterinya juga kerja dibidang yang tak kurang hebat, dan galmour pula-seorang wartawan hiburan. Apa lagi yang diingini isterinya dalam kerjaya menjangkaui sekadar menyara kehidupan-ia dunia penuh glamour dan sesuai dengan jiwanya.
Aiman punya 2 anak. Masing -masing berumur 5 dan 2 tahun.
Suatu Malam
Ketika 2 anaknya lena tidur, dan diawasi bibik dan Jakarta tengah-Aiman bermesraan dengan isterinya. Hujung minggu, waktu yang dinanti Aiman kerana segala beban tugas diserahkannya kepada pembantunya. Aiman bijak mengaturkan perancangan, hanya projek kecil saja diuruskan pembantunya di hujung minggu.
Projek besarnya malam itu adalah di rumah.
Projek besarnya malam itu adalah di rumah.
Selepas 9 minit bersama, Aiman keletihan. Dia tidur tanpa menghabiskan fasa terakhir-selepas bersama. Isterinya sedia maklum feelnya itu.Boleh saudara bayangkan bagaimana tahap Aiman sekarang?
Mr X
Hari Isnin. hari yang meletihkan dan membosankan bagi kebanyakan orang.Tapi tidak pada Aiman. Dek kebijakan mengurus, dia sering mangatur temujanji bersama klien yang hebat dan jutaan urusniaganya. Ini kerana, pada Aiman orang sebegini pasti bermotivasi tinggi. bila berjumpa pada awal harui-pasti terjangkit sifat positif kliennya itu.
Dia menunggu di sebuah restoran terkemuka. Kliennya datang, dan tak seperti yang dijangka.
56 tahun?
Kliennya memperkenalkan diri dan dengan sopan duduk di kerusi kosong sebelahnya.Aiman lantas membersi salam dan membuka bicara manis magnetik. kemudian, dia bertanya'
"Adakah tuan adik Mr X?"
"Tidak, sayalah Mr X."
Aiman tak sangka Mr X seorang yang berusia 40-an. Dalam telahannya, dia mesti 56 dan keatas.
Aiman lantas membicarakan projek dan memuji kliennya itu kerana masih muda sudah berjaya.
Mr X hanya tersenyum. Dia kelihatan tidak berminat dan menceritakan projek meganya bersama Aiman. Kemudian, tanpa diduga, dia meminta Aiman menyatakan berapa umur Mr X, dari pandangan pertamannya.
" Saya pasti, tuan 44 Tahun", Kata Aiman dengan keyakinan 100%.
"Hampir tepat.Saya hanya kelihatan 46 tahun. Usia saya 56 tahun."
Selepas itu Mr X menceritakan sedikit sebanyak sejarah hidupnya. Dari awal penubuhan empayarnya sehingga kini dan apakah falsafah hidupnya, yang berjaya mengkagumkan Aiman.
Selepas 45 minit, barulah Mr X bertanyakan projeknya. Kini giliran Aiman pula memanjang lebarkan bicara. Memang begitu tertib pelanggan dan usahawan, dia akan memenangkan dan melayan karenah kliennya itu sebelum dia membicarakan amanahnya.
Aiman pulang awal pada hari itu. Dia termenung panjang selepas bertemu klien pertamanya itu. Hari ini dalam sejarah, apabila Aiman menyuruh setiausahanya membatalkan temujanji keduanya, dan terakhir pada hari itu.
Tidur Awal
Aiman cuba tidur awal malam ini. Dia terkesan dengan perbualan dengan Mr X. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah berguling atas katil, tanpa kehadiran isterinya.Isterinya kehairanan dengan gelagat Aiman.
"Hai abang, dah mengantuk sangat ke, ke ade pape ni...",
Isterinya mengusik. 2 dalam 1. memang pada malam itu di berkeinginan, namun dia merasakan cukup bersalah kepada isterinya pula.
Perbualan Mr X
Mr X menceritakan payah dan perit hidupnya sebelum berjaya. Dia menyatakan juga kesatuan sekeluarga dan sokongan padu dari isterinya adalah faktor utama. Demikian juga anak-anaknya seramai 15 orang itu, juga faktor kejayaannya.
Aiman membandingkan dengan dirinya. Dia memang berkehendakkan anak seramai 7 orang. Tapi kini dia belum mampu tunaikan. Ada lagi perbandingan yang lebih merungsingkan.
Mr X menceritakan bahawa, sebelum tiba usia normal seorang lelaki andropause (menopouse bagi wanita). Hiduplah dengan penuh tertib dan banyakkan pantang dari tidak. Tidur awal, makan sebelum jam 7 dan jangan penuhkan perut sekenyangnya-punca kejayaan seseorang.
Lebih bahagia, ia juga punca kebahagiaan yang berkekalan di ranjang. Jadi sebelum tiba andropouse, jaga kesihatan dan amalkan petua yang termampu agar andropouse lewat menyerang ( atau tak menyerang langsung!). Antara petuanya adalah tidur awal.
Bila tiada pantang, terdapat pelbagai penyakit yang boleh menyusahkan hidup. Dari sudut seks, penyakit kencing manis (Diabetes) menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit. Ini membawa kepada rosak saraf. Pembuluh darah ke kawasan peranakan ( reproduksi) juga terjejas. Inilah yang menyebabkan terjadinya gangguan fungsi ereksi, kerana tiada bekalan oksigen yang mencukupi untuk kekal eraksi.
- Darah tinggi (hipertension) pula menyebabkan tekanan darah menjadi laju. Ini menyebabkan sebahagian saraf dan pembuluh darah menjadi kaku dan semakin lama ia menyempit. Darah ke bahagian sulit lelaki akan berkurangan jika hal ini berlaku. Tanpa darah, eraksi takkan tegang sempurna.
- Jika kolesterol tinggi, lebihan kolestrol yang diperlukan tubuh akan tersimpan (tersisa) dalam pembuluh darah. Sebagaimana yang saudara fikirkan, ia menyumbang kepada penyempitnya pembuluh darah. Penyempitan pada alat kelamin menjejaskan prestasi ereksi.
- Penyakit saraf akan menyerang kepada mereka yang malas bersenam. Parkinson, kencing manis, stroke, dapat menyebabkan menurunnya fungsi saraf. Akibatnya, aktiviti neurotransmitter ghairah yang lengkap dari otak berkurang dan menurunkan rangsang saraf. Ia ibarat berkeinginan bersama yang tinggi, tetapi tak mampu eraksi. Malang jika terjadi...
- Awas dari penyakit berjangkit. Malah, penyakit kelamin berjangkit seperti TBC, HIV, hepatitis mengakibatkan gangguan pada neurotransmitter dan penurunan kadar estrogen yang kemudian menimbulkan susutnya paras libido.
- Mr X juga tidak pernah mengambil ubat dengan unsur narkotik. Ia terbukti merangsang penurunan hormon seksual.
- Antara faedah merokok selain masalah pada ruang pernafasan, ia juga menyebabkan pengecutan saraf sensitif di kawasan kelamin.
Aiman tertanya-tanya, dan mengenalpasti.Selama ini dia menyibukkan diri pada kerjaya, sedangkan ada cara lagi bahagia dan tidak stress untuk mendapatkan kejayaan itu.
Ia bermula dari menyayangi diri, dan tunjukkan pula dengan prestasi membanggakan bersama si dia. Kemudian, disusuli ilmu magnetism untuk berkongsi rasa dan perasaan-seterusnya membina kesatuan dalam mencapai kejayaan.
Dia faham benar, apa yang Mr X hendak sampaikan.
Hidup Baru Lebih Bermaya
Setelah selesai dan isterinya tersenyum riang, Aiman menjawab soalan isterinya. "Abang nak bahagia kekal bersama, dan dikongsi bersamamu",
Isterinya dan Aiman senyum riang dan tidur berdakapan pula.
Soalan isterinya; Mengapa abang segar dan bugar, ...lama pula tu!?
4 Komen:
Menarik! apa yg aiman buat pas tue?
Aiman mula dengan perkara paling simple,kurangkan sarapannya(sebab dia tak buat kerja berat).makan hanay 3 kali sehari (dulu, asal keluar dengan klien saja dia makan) dan makan malam sebelum jam 8.
Semuanya bertambah senang lepas kita strukturkan masa makan kita:)
Hello,ni crita betul ke idak ni?hehe..neway crita yg bagus Tuan Radzi^_^
Ya ia fakta sebenar.Cuma adaptasi kepada cerita dari amalan seorang usahawan cina di Malaysia:)
Razizainon menjayakan kisah seks ilmiah di blog kami ni-Dia(dan kami) besar hati dengan penghargaan saudara Soulfly:)
Catat Ulasan