Alatan lain disekeliling saudara memerlukan penjagaan khusus. Ia penting dalam memelihara ketahanan alat agar ia sentiasa membantu kita melaksanakan tugas.
Begitu juga dengan zakar. terdapat beberapa pantang larang yang harus diikuti semampunya. Jika ada yang dah terlanggar pantang dek kerana kejahilan atau sebaliknya, beringatlah seadanya di masa hadapan.
Sama-sama kita meninjau pantang larang berzakar. Sebahagian dari pantang larang ini disampaikan turun temurun dan dibuktikan melalui amalan, tanpa kajian yang spesifik.
- Amalan meminum air batu mengakibatkan zakar bertukar sifat kepada mudah sejuk. Sifat 'default' zakar normal adalah bersifat mudah keras-panas (bila dirangsang seadanya).
- Makan sambil meminum air bukan saja buruk dari segi sahsiah, malah menumpulkan senjata sulit. Kita sering diberitahu, jangan minum air setelah selesai makan menu utama (seperti nasi), melainkan jika tercekik. Dikhabarkan kesannya sama seperti minum air batu.
- Gemar makan makanan bersifat sejuk (terung, tembikai dll), telah sejuk (nasi sejuk,teh sejuk) atau disejukkan (aiskrim, makanan yang dimasukkan dalam peti sejuk). Hal ini mengakibatkan air mani bersifat cair dan kesannya diranjang, cepat keluar.Amalkan memakan makanan yang melikatkan air mani.
- Menjamah makanan yang kuahnya berlinang dikatakan melemahkan zakar. Alternatif Jika saudara gemar kuah banyak, jamahlah makanan yang berkuah pekat sahaja.
- Terus minum air selepas makan nasi juga memberi kesan sejuk kepada zakar. Minum hanya setelah beberapa minit setelah selesai makan.
- Hembus nafas ketika minum, memberi kesan mudah lelah diranjang. Tahani nafas, agar saudara kekal dalam pelayaran yang selesa dan lama ketika jima’.
- Minum air ketika badan panas (selepas berlari atau kerja berat). Turunkan dulu suhu badan menjadi hampir suhu yang stabil (normal), kemudian barulah minum air.
- Makan kepak ayam daging dikatakan melemahkan zakar. Dari satu sumber, dipercayai bahan penggemuk ayam mungkin disuntik di bahagian kepak ayam. Elakkan memakan membolehkan saudara terhindar dari perkara yang melemahkan zakar.
- Minum selepas lewat malam (11.00 dan ke atas) dikatakan melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
- Hindari jima' dalam air atau kawasan berair. Ia melambatkan peredaran darah dan ini mengurangkan kuasa zakar saudara.
- Tunggu sekitar 15 minit jika saudara ingin minum setelah jima'.
- Hentakan yang kuat pada bahagian pinggan boleh menyebabkan mati pucuk.Berhati-hati ketika melakukan aktiviti melibatkan pinggang.
- Membiarkan zakar bersatu dengan faraj dalam tempoh lama selepas klimaks mengakibatkan zakar sejuk dan pemulihan aliran darah lambat mengalir. Ia menjejaskan pemulihan stamina pada zakar.
- Melancap melemahkan zakar kerana perbuatan ini memaksa mani keluar secara kasar dan tidak natural (semulajadi dirangsang).
- Membenarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Tindihan mesra isteri dari paha dan lutut yang sejuk memlambatkan aliran darah. Otot zakar memerlukan aliran yang baik kerana keanjalannya berbeza dengan bahagian otot yang lain.
- Dipercayai membuang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air melemahkan syahwat.
- Elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu jika sudah melebihi 30 tahun, kerana badan memerlukan tempoh pemulihan tenaga batin yang agak lama.
Kesimpulan dari pantang larang ini adalah, bagaimana pun keadaan saudara sekarang, elakkanlah dari unsur sejuk atau persekitaran sejuk melanda senjata saudara. Aliran darah yang tidak sempurna menjejaskan agihan nutrien dan oksigen kepada otot zakar. Ini merencatkan keupayaan sebenar senjata saudara.
Amalan dan disiplin yang berterusan mampu menjadikan senjata saudara kekal hebat bertenaga.
2 Komen:
Oooo..br sy phm.TQ..maklumt superb!
Terima kasih. Sekadar perkongsian bersama.Moga kebaikan berkekalan buat tuan:)
Catat Ulasan