Jumaat, 17 Jun 2011

Erectile Dysfunction:Bahagian 1

healthmedcare.com
Fakta ringkas yang boleh saudara telusuri,tentang Mati Pucuk.Benarkah ia se'dashat' namanya-'Mati' pucuk. Bolehkan ia hidup kembali-dan bukan sekadar 'mati segan, hidup tak mahu'?


1.Apa Itu Mati Pucuk (Erectile Dysfunction)?
Keadaan lelaki tidak boleh langsung atau / tidak berupaya mengekalkan ketegangan dalam tempoh yang cukup lama dalam melakukan seks.

Bila ini berlaku, pasangan tidak dapat menikmati kepuasan yang sepatutnya. 

2.ED hanya dialami oleh yang lebih berumur /  tua?
Sememangnya konsentrasi hormon semakin berkurang bila umur semakin meningkat. Namun, tidak semestinya orang berumur akan pasti mendapat ED. 

Semakin berumur seseorang lelaki, tempoh masa menunggu yang diperlukan untuk  eraksi 100% menjadi semakin lama. Pasangan juga mampu mencapai kepuasan. Ia bukanlah gejala ED melainkan, pasangan tidak menikmati kepuasan.  

3.Apa yang menyebabkan ED?
ED disebabkan oleh serangan penyakit atau keadaan seperti:-
  • Diabetes (kencing manis)
  • Hypertension (Darah Tinggi)
  • Atherosclerosis (Saluran arteri menegang)
  • Stress, kemurungan atau dipresi
  • Salah guna alkohol dan tembakau
  • Sesetengah ubatan preskripsi seperi anti-kemurungan, ubat tahan sakit, dan ubat untuk darah tinggi. 
  • Kepenatan
  • Kecederaan bahagian otak atau saraf tunjang
  • Hypogonadism (mengakibatkan kekurangan hormon testostoron)
  • Multiple sclerosis (penyakit kompleks dan rumit berkaitan central nervous system)
  • Parkinson
  • Terapi radiasi di bahagian alat kelamin
  • Strok
  • Sesetengah pembedahan prostat atau organ perkumuhan.
Jika kita tidak dapat mengawal tahap gula dalam darah, ED amat berpotensi untuk menyerang. Ia amat penting untuk mengikut preskripsi ubatan yang tepat, sebagaimana yang doktor arahkan.

Kadangkala,kandungan hormon dalam badan tidak seimbang.Doktor akan mencadangkan ujian darah untuk mengesan punca hormon tidak seimbang.

Kesimpulan Bahagian 1
  1. ED adalah gejala yang bukan berpunca dari faktor usia.Jika saudara menjaga pemakanan dan aktiviti fizikal dengan baik,ED bukanlah kerisauan saudara.
  2. ED berlaku disebabkan beberapa jenis penyakit atau gaya hidup yang terpaksa ditempuhi (seperti terikat dengan preskripsi ubat)
  3. Memelihara kesihatan dan kebersihan alat kelamin dipercayai memberi kesan psikologi dan keyakinan dalam menempuhi kehidupan bersama pasangan saudara.
Ikuti bahagian ke-2 disini.

4 Komen:

A.Mike berkata...

Salam tuan,terima kasih atas info yang bagus.Bolehkah ED ni diubati?

Tim Gegaran Asmara berkata...

Sama-sama A.Mike.ED boleh diubati bergantung kepada puncanya.Terdapat beberapa kes ia pulih secara berperingkat,menggunakan preskripsi semulajadi.

Tanpa Nama berkata...

request for bah.2

Tim Gegaran Asmara berkata...

Tuan boleh rujuk di ruang arkib.Selamat membaca:)

Catat Ulasan

gegaranasmara.com
 
^ Naik ke Atas