Saya tidak mengalami kegatalan, tetapi suami mengadu bau dari faraj saya ketika kami melakukan hubungan. Adakah sebarang ubat yang puan sarankan untuk saya beli bagi menghilangkan bau ini? Saya bimbang jika bau itu boleh menjejaskan hubungan kami suami isteri yang baru setahun berkahwin.
INSAN RUNSING
Kuala Lumpur
----
BAU yang kurang menyenangkan daripada lendir faraj kebiasaannya disebabkan oleh :-
- jangkitan kuman, (sama ada kuman dari permukaan kulit berhampiran kemaluan saudari atau suami ataupun dari pundi kencing, ataupun dari saluran usus.)
Kadangkala faktor penjagaan kebersihan kawasan kemaluan yang boleh menyebabkan pengumpulan sisa peluh di celah bibir kemaluan.
Sekiranya ia disebabkan oleh jangkitan, terdapat ubat-ubatan tertentu mengikut jenis kuman itu. Doktor puan boleh mengambil sampel lelehan dan menghantarnya untuk kultur kuman bagi mengetahui jenis ubat yang sesuai.
Lazimnya ubat antibiotik berspektrum luas ataupun ubat antikulat diberikan terlebih dahulu sementara menunggu hasil keputusan ujian kultur yang mengambil masa beberapa hari.
- Tindakan Pantas: Pantang dari tidur bersama Suami. Jika dipinta suami; terangkan dengan baik agar suami tercinta memahaminya.Ini untuk kebaikan bersama juga.
- Tindakan Wajib: Temujanji dengan Doktor Sakit Puan. Tindakan segera adalah mustahak.
0 Komen:
Catat Ulasan